Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2020 - YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah secara rasminya dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM yang baharu setelah mengambil alih jawatan tersebut daripada Puan Sri Datin Seri Hjh Rusnah binti Haji A. Rahman.

Majlis Serah Terima Tugas yang diadakan di Dewan Bankuet, Rumah BAKAT ATM disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Dato' Hj Azlan bin Abdul Rahman dan turut dihadiri Pengerusi-pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT yang lain.

Semoga BAKAT ATM terus cemerlang dibawah naungan dan pimpinan YAM Tengku dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.