Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 01 08 at 15.26.18WhatsApp Image 2020 01 08 at 15.26.23WhatsApp Image 2020 01 08 at 15.26.24

KUALA LUMPUR, 8 Jan 20 – Upacara Serah Terima Tugas AKS Perancangan dan Pembangunan (P&P), AKS Kejuruteraan dan Ketua Pengarah Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) telah berlangsung di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.

Dalam upacara tersebut menyaksikan Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM telah mengambil alih jawatan AKS P&P daripada Lt Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM yang kini memegang jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Manakala, Kejuruteraan TUDM kini diterajui oleh Mej Jen Dato’ Dr. Md Zaki bin Md Zain TUDM dan jawatannya sebelum ini sebagai Ketua Pengarah DGTA telah diserahkan kepada Brig Jen Samir bin Abas TUDM.

Majlis Serah Terima Tugas ini telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.