Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 89

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2020 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyerahkan jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara kepada Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang akan memulakan tugasnya berkuatkuasa pada hari ini.

Gabungan kepimpinan tertinggi baharu ini sememangnya akan memperkuat serta mengukuhkan lagi corak pemerintahan TUDM sejajar dengan teras perintah ulung yang telah disampaikan. Setiap warga TUDM harus mengamalkan budaya kerja yang efektif dan efisien serta penuh integriti sebagaimana yang telah diamanatkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM.

WhatsApp Image 2020 01 07 at 14.13.16

Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan upacara kenaikan pangkat kepada seramai 7 orang Pegawai Kanan TUDM iaitu :

1

a. Lt Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM
(Menjawat jawatan sebagai Panglima Pendidikan & Latihan Udara)

2

b. Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM
(Menjawat jawatan sebagai Panglima Wilayah Udara 1)

3

c. Mej Jen Dato’ Dr. Md Zaki bin Md Zain TUDM
(Menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Kejuruteraan)

4

d. Mej Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM
(Menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf J3-Bahagian Operasi & Latihan Bersama, Markas Angkatan Bersama)

5

e. Brig Jen Samir bin Abas TUDM
(Menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Directorate General Technical Airworthiness)

6

f. Brig Jen Muhammad Taha bin Hamdan TUDM
(Menjawat jawatan sebagai Ketua Staf, Markas Pemerintahan Pendidikan & Latihan Udara )

7

g. Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM
(Menjawat jawatan sebagai Ketua Staf, Markas ATB2)