Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

KUALA LUMPUR, 09 Jan 2020 – Markas Tentera Udara telah mengadakan majlis tahlil, bacaan Yaasin dan doa selamat bertempat di Masjid Az-Zubair, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini.

Majlis ini telah dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan anggota TUDM sekitar Lembah Klang. Tahlil, bacaan Yaasin dan doa selamat telah dipimpin oleh Mejar Mohamad Muntaha bin Hj Saleh, Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan serta keredhaan dari Allah SWT agar warga TUDM sentiasa dilindungi dan selamat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Warga TUDM yang hadir turut bersama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh warga TUDM dan keluarga di tahun baru ini dan masa mendatang.

567891011121314

Majlis ini turut diadakan secara serentak di semua pangkalan-pangkalan TUDM termasuk Kolej Tentera Udara, Alor Setar dan Akademi Tentera Udara, Ipoh yang mana telah dihadiri oleh Komander Pangkalan/Komandan masing-masing serta warganya.