Kemaskini Terakhir: Isnin,21 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 0934WAN 0844WAN 0849WAN 0857WAN 0904WAN 0915

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2020 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutupan serta Penyerahan Premis Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di Jalan Tekpi, Kuala Lumpur hari ini.

Majis ini merupakan simbolik kepada penutupan premis berkenaan yang akan berpindah dan beroperasi sepenuhnya di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya mulai 16 Januari 2020. Premis MPAT di Jalan Tekpi ini akan diambil alih oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.

MPAT adalah merupakan sebuah institusi pendidikan tertinggi Angkatan Tentera Maiaysia (ATM) yang menyediakan pendidikan profesional di peringkat Sarjana. Kursus ini dihadiri oleh pegawai ATM yang berpangkat Leftenan Kolonel atau Kolonel dan setaraf daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM (Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara) bagi melengkap dan menyediakan mereka untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Maktab ini turut menawarkan pengajian kepada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan lain-lain Kementerian. Selain itu, pegawai tentera dari negara luar juga turut dijemput menghadiri kursus.

WAN 0958WAN 0977WAN 0995WAN 1000WAN 1032WAN 1047

Perasmian MPAT dan pembukaan Kursus MPAT Siri 1/1981 telah disempurnakan pada 16 September 1981 oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Seterusnya pada 31 Januari 2002, satu Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dimeterai bagi membolehkan peserta kursus MPAT dianugerahkan ljazah Sarjana Sains Sosial (Kajian Pertahanan) di samping Diploma MPAT.

Sejak penubuhannya sehingga kini, MPAT telah diterajui oleh 21 orang Komandan. Sejak 4 Januari 2019 hingga kini, Jawatan Komandan MPAT disandang oleh Laksamana Pertama Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin. Manakala jumlah graduan yang dihasilkan oleh MPAT (daripada tahun 1981 hingga 2019) adalah seramai 1,363 orang pegawai (707 orang pegawai Tentera Darat, 210 orang pegawai Tentera Laut, 255 orang pegawai Tentera Udara, 74 orang pegawai PDRM, 40 orang Pegawai Tadbir Diplomatik, 2 orang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 75 orang pegawai tentera dari negara luar.

Kursus MPAT Siri 39/2019 merupakan siri terakhir yang dilaksanakan di premis ini manakala bagi Siri 40/2020 telah pun bermula pada 3 September 2019 di PUSPAHANAS, Putrajaya.

Majlis Ini turut dihadiri Panglima-Panglima Perkhidmatan serta, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, Mantan Komandan serta wakil Alumni setiap kursus yang telah dilaksanakan di MPAT.