Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 017cca87 0426 4acc a61b 0cdfe876625f7e9c5604 87d5 4a2b b34f 3fb59427013e12b8dde1 fca6 4688 ac6c 48fac103a903a384207f f467 4e83 9931 01752970a448adbed4e5 a8a7 4033 b457 b174402f3df1e1d4afae c667 4e05 8ebc ff1a698fcdc9

SUBANG. Perbarisan Serah Terima Tugas Jawatan Panglima Operasi Udara dan Panglima Bantuan Udara telah berlangsung di Pangkalan Udara Subang dengan menyaksikan pertukaran tampuk Markas Pemerintahan Operasi Udara dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara.

Dalam majlis ini, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM secara rasminya dilantik sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu setelah mengambil alih jawatan daripada Mej Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang sebelum ini memangku jawatan tersebut.

Manakala Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM yang sebelum ini memegang jawatan Panglima Bantuan Udara telah menyerahkan jawatan beliau kepada Mej Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.

Perbarisan ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan turut dihadiri oleh Pegawai Kanan serta warga MPOU dan MPBU.