Kemaskini Terakhir: Isnin,21 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345678 

SENDAYAN, 13 Januari 2020 – Lt Jen Dato' Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM hari ini telah menyampaikan Amanat Ulung beliau setelah mengambil alih jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU) pada 8 Januari yang lalu daripada Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang kini memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Komandan dan Pegawai Memerintah Pusat Latihan serta warga Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).
Terdahulu, PPLU telah menyempurnakan Majlis Penyerahan sijil tamat kursus bagi Kursus Jurulatih Penerbangan siri 57/19. Penyerahan sijil tersebut hanya kepada pelatih dari TNI AU iaitu Kapt. Pnb. Dimas Qhomarru Lambang.

Kapt Dimas memulakan kursus pada 14 Feb 2019 bersama 19 pelatih lain dan dijangka tamat keseluruhan pada 31 Jan 20. Walaubagaimanapun Kapt Dimas telah tamat lebih awal dengan jayanya pada 02 Jan 20 dengan dianugerahkan Kategori 'C' sebagai 'Qualified Helicopter Instructor' (QHI). Beliau telah menerbangkan pesawat EC120B dengan sejumlah 122 jam sepanjang kursus tersebut.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Kolonel Pnb. Yose Ridha yang merupakan Atase Udara dari Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur.

Selain itu, PPLU turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota di bawah naungan MPPLU iaitu Lt Kol Muazam Shah TUDM, Mej Noor Azley TUDM dan PW U I Azizul.