Kemaskini Terakhir: Sabtu,31 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

345

LABUAN, 17 Jan 20 - Pangkalan Udara Labuan hari ini telah melaksanakan Istiadat Perbarisan sempena persaraan Lt Jen Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM bertempat di 'Dispersal Area' No 14 Skuadron, PU Labuan.

Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan TUDM khusus kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

679

Lt Jen Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM telah mengambil tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 11 pegawai dan 145 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Mej Muhammad Izwan bin Ismail TUDM diiringi Pancaragam dari Kolej Tentera Udara Alor Setar dibawah pimpinan Lt Sabri bin Hamil TUDM.

Di akhir acara, Lt Jen Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM dan isteri telah diraikan dalam acara send off menggunakan kenderaan istiadat diiringi oleh para pegawai dan anggota TUDM yang terlibat dalam perbarisan ini.

81011

Turut hadir di Perbarisan Persaraan ini adalah Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan isteri, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM, pegawai-pegawai dan anggota TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Lt Jen Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM.