Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6281DSC 6311DSC 6323

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2020 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama Pengerusi PERNAMA, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kalendar Tajaan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) 2020 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini. Kalendar PERNAMA pada tahun ini bertemakan “Kedaulatan Negara Tanggungjwab Bersama”.

DSC 6336DSC 6345DSC 6362

Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima kalendar PERNAMA 2020 bagi pihak TUDM yang diserahkan oleh pihak penaja. Turut berlangsung adalah upacara penyerahan sumbangan berjumlah RM250,000.00 dari pihak PERNAMA kepada Tabung Kebajikan ATM.

DSC 6254DSC 6244DSC 6261

Hadir sama di majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Abdul Rahman bin Hj Ayob; Pengurus Besar PERNAMA serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.