Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

129

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2020 – Pada bulan April 2019, Yayasan Veteran ATM (YVATM) telah bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai ejen perunding bertauliah kepada LZS secara rasmi. Inisiatif ini adalah sebagai salah satu strategi bagi menambah pendapatan tabung zakat YVATM. Tempoh lantikan adalah selama dua tahun mulai 19 April 2019 hingga 18 April 2021. YVATM juga mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Korporat kerana menyahut seruan kerajaan bersama menjaga kebajikan veteran bukan hanya kepada Kementerian Pertahanan tetapi tanggungjawab masyarakat. Ini selari dengan dasar kerajaan dalam Kertas Putih Pertahanan yang dibentangkan Disember lalu untuk memastikan sosioekonomi golongan Veteran ATM terbela.

Pada hari ini, satu program taklimat oleh LZS telah diadakan dan melalui program taklimat ini, Pegawai Zakat LZS memberikan penerangan kepada 27 syarikat-syarikat korporat yang berhasrat membayar zakat perniagaan secara terus melalui YVATM.

Daripada jumlah zakat yang diterima daripada pembayar zakat, sebagai ejen YVATM akan memperolehi manfaat upah sebanyak 3.5%. Manakala pembayar zakat yang melebihi jumlah RM50,000.00 pula, pembayar akan mendapat agihan semula dari LZS sebanyak 37.5% daripada jumlah pembayar zakat. Sehubungan itu, melalui kerjasama strategik dengan badan-badan korporat YVATM mengharapkan agar agihan semula tersebut dapat diberikan semula kepada YVATM untuk menyantuni asnaf-asnaf Veteran ATM.

567

Tabung Zakat YVATM bertujuan untuk memberi perhatian yang lebih kepada asnaf-asnaf Veteran ATM yang memerlukan bantuan dan sokongan demi kelangsungan hidup mereka. Program zakat ini adalah inisiatif untuk penambahbaikan dalam aspek kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya. Berlanjutan daripada itu, dalam aspek meneruskan agenda kebajikan, pada hari ini seramai 20 orang asnaf Veteran ATM telah menerima sumbangan Tabung Zakat YVATM berjumlah RM500.00 seorang.

438

Antara program-program zakat yang telah dilaksanakan, sedang dijalankan dan dirancang adalah seperti berikut:

a. Program bantuan awal persekolahan (back to school) pada 20 Disember 2019.

b. Sumbangan bantuan kepada asnaf Veteran ATM yang dalam keadaan daif.

c. Asnaf Veteran ATM yang memerlukan bantuan bagi memperbaiki tahap perniagaan kecil mereka.

d. Bantuan pembelian peralatan perubatan yang tidak dibiayai oleh kerajaan.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Veteran ATM ditalian 03-2050 8194 atau 03-2050 8192.