Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12 

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2020 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan Sembah Mengadap kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Istana Perak, Kuala Lumpur hari ini.

Turut sama pada Sembah Mengadap ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

34

Dalam majlis tersebut, Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara turut mempersembahkan cendera kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.