Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

f1ab7e4b 5782 43d8 93ce 616b151b28d7df435928 ef39 4ada b49f 54c1504dff80dd86acf3 1a5c 466b baf2 404c15f8dd5a

BANTING, 7 Februari 2020 - Satu upacara khas iaitu Penganugerahan Beret Kehormat Pasukan Khas TUDM (PASKAU) kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah diadakan hari ini di Rejimen TUDM.

Upacara Pemakaian Beret Kehormat PASKAU kepada Panglima Tentera Udara (PTU) disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Kol Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM di dalam acara Perbarisan bersempena Lawatan Kerja PTU ke Rejimen TUDM.

Terdahulu, beliau telah menerima tabik hormat daripada anggota perbarisan yang terdiri daripada 12 orang pegawai dan 175 anggota Lain-lain Pangkat, diketuai oleh Mej Abdul Nasir bin Abdul Majid TUDM diiringi Pancaragam TUDM dibawah pimpinan Lt Mohd Hanif bin Che Razak.

84aeb015 faba 42b9 8929 d492fabd969a28cc0e73 708f 4da5 b1a0 fcbdb9f3cd6203a3b2f1 17ab 44a2 a730 425440e73753

Penganugerahan Beret Kehormat PASKAU adalah kesinambungan pengiktirafan PASKAU kepada Panglima Tentera Udara berlandaskan sifat kepimpinan, kewibawaan, kecemerlangan dan semangat waja dalam menerajui TUDM serta sumbangan bakti terhadap pembangunan dan pemerkasaan keupayaan tempur PASKAU khususnya.

Turut hadir menyaksikan upacara bersejarah ini ialah Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, pegawai-pegawai kanan TUDM serta warga Rejimen TUDM.

Selain itu, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada lima anggota Rejimen TUDM sebagai mengiktiraf sumbangan dan pencapaian kecemerlangan sukan yang diceburi di peringkat negara dan antarabangsa.

e7c3b076 05d7 4e44 8c88 bf3c676d595ffa283688 425b 466c 9d2c 6108067a192ab31493fd 211c 4cf9 b7e2 3b944a147ffa

Antara penerima sijil penghargaan PTU adalah seperti berikut:

1. FSjn Mohd Henry bin Mohd Yunos – Tempat Pertama Kategori Individual Accuracy Landing, Perak International Skydiving Championship Tahun 2019.

2. Kpl U Muaz bin Abd Rahim – Juara Kebangsaan Tahun 2019 dalam Malaysian MTB Championship. Beliau turut mewakili Malaysia dalam sukan berbasikal di Kunming, China dan Borujen, Iran.

3. Kpl U Nurhisyam bin Idris – Tempat Ketiga dalam Kejohanan Ironman Malaysia 2019 dan terpilih untuk menyertai Ironman World Championship yang akan berlangsung di New Zealand November tahun ini.

4. LUK Arfiqanie bin Ahmad Anshori – Mewakili Malaysia ke Sukan SEA ke-30 Manila, Filipina 2019 dalam sukan Tinju kategori 60kg.

5. LUK Mohd Aswan bin Che Azmi – Mewakili Malaysia di Sukan SEA ke-30 Manila, Filipina 2019 dalam acara Tinju kategori 75kg dan berjaya merangkul pingat Gangsa buat negara.

Warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Panglima Tentera Udara di atas penganugerahan Beret Kehormat PASKAU dan penerima Sijil Penghargaan PTU.