Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUCHING - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2). Panglima Operasi Udara dan Tim lawatan yang menaiki pesawat A400M tiba di Pangkalan Udara Kuching pada 11 Februari 2020.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Yazid bin Arshad TUDM, Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM serta eksekutif MAWILUD 2 dan Pangkalan.

45791112131416

Dalam rangka lawatan kerja ini, beliau telah diberikan taklimat pengoperasian MAWILUD 2 sebelum meninjau kemudahan di Pusat Simulator CN235. Beliau dan rombongan juga melawat beberapa tapak pengoperasian yang telah dikenalpasti bagi meningkatkan lagi kebolehupayaan dan kesiapsiagaan operasi khususnya di Malaysia Timur.

Beliau dan rombongan turut turun padang mendekati dan beramah mesra bersama warga pangkalan dan skuadron di sana.