Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200214 WA0064IMG 20200214 WA0044IMG 20200214 WA0060

SUBANG, 14 Februari 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kerjasama dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sekitar negeri Kedah dan Perlis pada hari ini.

Operasi ini telah melibatkan penggunaan sebuah pesawat pengangkut TUDM jenis C-130H dari No 20 Skuadron bertujuan untuk meningkatkan kadar sumber air di kawasan empangan dan tadahan di kedua-dua negeri tersebut akibat cuaca panas yang berterusan mengakibatkan paras air berada di tahap yang membimbangkan.

OPA yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah pembenihan basah iaitu air larutan garam biasa disembur keluar daripada pesawat untuk membolehkan proses pembentukan awan hujan.

IMG 20200214 WA0061IMG 20200214 WA0051IMG 20200214 WA0067

Terdahulu, kerja-kerja penyediaan larutan garam telah dilaksanakan oleh petugas-petugas dari MET dibantu oleh anggota TUDM sebelum dimasukkan ke dalam pesawat untuk memulakan operasi tersebut.

Semoga usaha TUDM melaksanakan OPA ini akan mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. TUDM akan berusaha membantu untuk kemaslahatan rakyat dan negara.