Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

IMG 20200214 WA0086IMG 20200214 WA0097IMG 20200214 WA0104IMG 20200214 WA0111IMG 20200214 WA0131IMG 20200214 WA0144IMG 20200214 WA0146IMG 20200214 WA0152IMG 20200214 WA0163

Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM hari ini selesai melakukan lawatan kerja ke Wilayah Udara 2 merangkumi penempatan dan kawasan-kawasan operasi di Malaysia Timur.

Hari ini beliau telah membuat lawatan kerja ke Lahad Datu dan penempatan tentera udara di sana. Beliau dan rombongan juga turut turun padang menemui pegawai dan anggota yang sedang menjalankan tugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM (Eastern Sabah Security Command).

Ketibaan beliau dan rombongan disambut oleh Ketua Staf Udara ESSCOM, Brig Jen Hj Ayub Khan bin Mohamad Khan TUDM dan seterusnya diberikan taklimat pengoperasian. Beliau turut bertemu Komander ESSCOM, DCP Dato’ Hazani Ghazali serta bertukar-tukar pandangan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kesiapsiagaan operasi dan keselamatan khususnya di Pantai Timur Sabah.

Panglima Operasi Udara dan rombongan seterusnya melawat Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) serta bertemu dan mengenali dengan lebih rapat para pegawai dan anggota di sana. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang bertugas menunaikan amanah menjaga kedaulatan negara.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam memastikan lawatan kerja beliau di Wilayah Udara 2 berjalan lancar.