Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200218 WA0040IMG 20200218 WA0016IMG 20200218 WA0036

Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara Siri 1/2020 buat kali pertama selepas menerajui tampuk pemerintahan tertinggi TUDM.

Mesyuarat yang dijadualkan selama dua hari dimulakan dengan ucapan perasmian yang mana beliau menaruh keyakinan yang tinggi dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan TUDM dari peringkat strategik, operasi dan taktikal untuk bersama-sama menyumbangkan buah fikiran, bertukar pandangan serta berkongsi ilmu bagi mencapai resolusi yang terbaik untuk TUDM khususnya dan ATM amnya.

IMG 20200218 WA0020IMG 20200218 WA0034IMG 20200218 WA0052

Beliau menekankan keperluan perbelanjaan secara berhemah serta mengambil langkah-langkah proaktif yang perlu di dalam mendepani cabaran peruntukan belanjawan di dalam memfokuskan kepada core business TUDM dan prinsip “Do More With Less”.

Mesyuarat yang diadakan di Kelab Rekreasi Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang kali ini turut membincangkan kepada pembangunan sumber manusia, pemantapan keupayaan senggaraan TUDM, memperkasakan keupayaan operasi TUDM, pelan pembangunan CAP 55 serta penggunaan media sosial di kalangan warga TUDM.

Panglima Tentera Udara berharap mesyuarat kali ini akan mencapai objektif yang ditetapkan ke arah memacu TUDM ke landasan yang tepat untuk mencapai visi menjadi kuasa udara yang unggul.

IMG 20200218 WA0084IMG 20200218 WA0099IMG 20200218 WA0098

Di akhir mesyuarat pada hari ini turut diadakan Majlis Penyerahan Cek Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) TUDM kepada pangkalan dan unit TUDM. Agihan peruntukan KSSKA ini yang meliputi yuran keahlian, sumbangan asas, geran sepadan dan tambahan diserahkan oleh Panglima Tentera Udara kepada 20 pasukan penerima yang terdiri daripada Markas Formasi/Pangkalan/Unit TUDM bagi menampung keperluan peruntukan perbelanjaan aktiviti sukan, sosial, kebajikan, agama dan BAKAT di pasukan masing-masing.

Manakala bantuan khas KSSKA turut diberikan kepada 6 pusat latihan iaitu INSTAR, INSMAT, ATU Ipoh, INSPRA, ITAS dan INSKEP untuk menampung sedikit perbelanjaan berkaitan pengurusan para pelatih yang berkursus di pusat-pusat latihan berkenaan.