Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 9a4f972a fd08 45d8 b515 e7d59979166d3e576161 de28 45ec a82f fcf5bd4930336e481c88 33a3 437b 849f fcd1c6c1694e32f76565 de19 44b7 a7d3 54b33c270285645f2794 0b11 4808 ba6e e4bc9855679e0630360e b4cd 494b 8bf7 f801f0b2d424905259d5 03a0 433a 8340 9c0c88ca8ae4adcb14e4 56b5 4bc5 88c4 fb001320253eec3a8bbb 7d3d 47ab a330 de15872ba61df3c6215f b334 4045 8c4d 974bd25ec1d2fbfeb746 7c5c 457e 9a14 5d30067249b9

SUBANG, 12 Mac 2020 - Majlis Penghantaran Kumpulan Induk Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 15 (TPA M–15) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Pergerakan kumpulan induk TPA M-15 pada hari ini diketuai oleh Brig Jen Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM selaku Timbalan Ketua Misi bersama ahli tim yang lain dengan menggunakan pesawat Hercules C-130 TUDM dari Pangkalan Udara Subang.

Turut hadir menyaksikan majlis penghantaran ini adalah Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM dan Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez S/O S. Alexander TUDM serta ahli keluarga TPA M-15.

Malaysia menjadi Lead Nation atau Negara Ketua dalam melaksanakan misi pemantauan ini yang turut disertai oleh Brunei, Jepun dan Norway. Malaysia menghantar paling ramai keanggotaan iaitu 16 orang yang terdiri daripada empat orang pegawai dan seorang anggota dari TDM, tiga orang pegawai TLDM, tiga orang pegawai TUDM, dua orang pegawai PDRM serta tiga pegawai awam dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri dengan diketuai oleh Mej Jen Dato’ Muhammad Anwar bin Abdullah selaku Ketua Misi.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bertugas kepada TPA M-15 yang menjunjung nama Malaysia di mata dunia dan meneruskan misi menggantikan TPA M-14.