Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200312 WA0052IMG 20200312 WA0047IMG 20200312 WA0045IMG 20200312 WA0057IMG 20200312 WA0059IMG 20200312 WA0048IMG 20200312 WA0040IMG 20200312 WA0051IMG 20200312 WA0056IMG 20200312 WA0046IMG 20200312 WA0055IMG 20200312 WA0058

ALOR SETAR, 12 Mac 2020 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Kolej Tentera Udara (KTU).

Ketibaan beliau bersama rombongan di Pergerakan Udara telah disambut oleh Komandan KTU, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej.

Dalam rangka lawatan kerja ini, Panglima Tentera Udara meninjau persekitaran Cawangan Kejuruteraan di samping beramah mesra bersama anggota kejuruteraan TUDM yang terlibat dalam pembangunan keupayaan senggaraan pesawat PC-7 MkII. Beliau turut diberikan taklimat status terkini pesawat PC-7 MkII yang dalam proses pembaikan akibat masalah corrosion.

Panglima Tentera juga telah melihat secara lebih dekat Bangunan Pusat Simulator INSPEN I bagi menguji Flight Training Device (FTD) yang baru sahaja dinaiktaraf. Beliau juga telah menerbangkan pesawat PC-7 MkII yang telah menjalani interim repair oleh pihak PUSPEKA dan Cawangan Kejuruteraan KTU.

IMG 20200312 WA0065IMG 20200312 WA0067IMG 20200312 WA0069IMG 20200312 WA0079IMG 20200312 WA0080IMG 20200312 WA0063IMG 20200312 WA0073IMG 20200312 WA0082IMG 20200312 WA0064

Mengakhiri lawatan kerjanya, beliau turut menghadiri dan menyempurnakan Upacara Penutup Kejohanan Ragbi Peringkat Pangkalan TUDM. Pada kejohanan kali ini, johan bagi kategori Cup telah disandang oleh pasukan PU Subang, johan bagi kategori Bowl telah disandang oleh pasukan Pegawai TUDM manakala bagi kategori Plate pula telah disandang oleh pasukan PU Kuantan.

Upacara penyampaian hadiah juga telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara dan diiringi oleh Komandan KTU serta Pengerusi Sukan Ragbi TUDM, Brig Jen Shuairi bin Abdullah TUDM. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang.