Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

af78ebc5 96f3 46cd 8724 eaf26a4f5b53fed2ce8e 5bfa 4a49 a761 ccf2b573893fb6648055 713b 476f b4c9 c8f5faf222af2aef492d 7e5f 4790 a444 88610eb3954b98f786f2 22b8 422c 81d5 6343ef76f8ef

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2020 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan Timbalannya, YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz yang memulakan tugas rasmi di Kementerian Pertahanan pagi semalam telah diberikan taklimat eksekutif berhubung pentadbiran dan operasi Kementerian dan ATM, hari ini.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz dan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato' Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin turut melibatkan barisan Pengurusan Tertinggi ATM iaitu Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan lain serta pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.