Kemaskini Terakhir: Sabtu,4 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

17233cdc efda 4a09 9656 714eaf5196174c329e3c 9965 4e3c 8404 ae0543e9fe97d2f7a029 8430 4ff1 9964 b7ec2f247c0eIMG 20200324 WA0017IMG 20200324 WA0018e77c03c1 1bba 4519 91bb e6b7894e3661

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2020 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan lawatan ke Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan. Turut hadir mengiringi adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Muez bin Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Ini merupakan lawatan ulung Menteri Pertahanan ke Markas Tentera Udara beserta timbalannya setelah mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac 2020 lalu. Ketibaan Menteri Pertahanan di Pejabat Panglima Tentera Udara dengan diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta kepimpinan tertinggi TUDM yang lain.

Mengambil serius langkah pencegahan COVID-19, terlebih dahulu YB Menteri Pertahanan serta delegasi rombongan tidak terkecuali turut menjalani saringan kesihatan ‘temperature screening’ di Markas Tentera Udara yang telah diperiksa oleh Pegawai Perubatan dari Institut Perubatan Penerbangan (IPP) iaitu Lt Kol (Dr) Siti Mariah bt Hussain serta mengamalkan penggunaan ‘’hand sanitizer’’.

024bcf41 02a1 4c90 a51a e1be66f788e54b09a3b2 20b6 4f35 8ebb 823c8ae5c4980ae89940 078f 4900 bdb1 8a252fd3173024c225ed 6e07 4710 9254 757f9f9e4287813b92a7 d862 4914 be90 e7762145c9eb143fad4a 4f50 445b b558 5526ec55b911

Menteri Pertahanan dan rombongan telah diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat, Panglima Tentera Udara berhubung tugas, peranan dan hala tuju strategik TUDM yang disampaikan oleh Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM. Rombongan juga diperjelaskan berkenaan tugas-tugas operasi TUDM serta operasi bersama yang melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), penggunaan sumber manusia sebagai aset terpenting organisasi serta cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh TUDM.

Delegasi rombongan juga turut dimaklumkan berhubung status semasa pengoperasian melibatkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 bertepatan arahan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan serta langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 di peringkat TUDM khasnya serta ATM amnya.

IMG 20200324 WA0026IMG 20200324 WA0030IMG 20200324 WA0031

Meskipun YB Menteri Pertahanan berhadapan dengan kekangan masa ketika negara dilanda krisis wabak COVID-19, keprihatin beliau serta pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan meluangkan masa melawat Markas Tentera Udara membuktikan sokongan padu dan komitmen yang diberikan kepada TUDM.