Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234567910

TUDM meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan melakukan penerbangan ihsan pagi ini membawa seorang bayi perempuan, Nur Amani binti Azmie berusia 3 bulan 15 hari yang mengidap sakit jantung. Bayi yang berasal dari Terengganu ini perlu dibawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan segera untuk masalah jantung yang dialami.

Pesawat C130H dari No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang yang ditugaskan untuk melaksanakan penerbangan ihsan telah berlepas pada jam 8.00 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bagi mengambil pesakit dan selamat mendarat di Subang semula pada jam 10.45 pagi.

Sebaik tiba di Pangkalan Udara Subang, semua anak kapal serta penumpang telah disinfeksi dan juga menjalani saringan kesihatan sebagai langkah mencegah penyebaran wabak COVID-19.

Selepas selesai saringan kesihatan, pesakit telah dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke Hospital Serdang.

Syabas dan terima kasih kepada anak kapal No 20 Skuadron dan anggota yang terlibat dalam membantu menjayakan penerbangan ihsan ini. Seluruh warga TUDM mendoakan agar adik Nur Amani segera sembuh dari penyakitnya dan diberikan kesihatan yang baik.