Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200331 WA0028IMG 20200331 WA0029IMG 20200331 WA0030IMG 20200331 WA0032IMG 20200331 WA0033IMG 20200331 WA0034IMG 20200331 WA0035IMG 20200331 WA0037IMG 20200331 WA0038

Sebagai entiti yang dikategorikan sebagai perkhidmatan penting negara (essential services), berikutan penularan wabak COVID -19 yang semakin meningkat, Markas Tentera Udara (MTU) terus mempergiatkan lagi langkah-langkah pencegahan dengan melaksanakan Proses Disinfeksi di setiap kawasan kerja Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan.

Proses disinfeksi dilaksanakan bermula hari ini di semua kawasan tempat kerja meliputi ruang pejabat, bilik mesyuarat, ruang menunggu, lift, tandas dan juga laluan pejabat. Langkah ini dilaksanakan adalah bagi memastikan kawasan sekitar MTU bebas dari kuman dan virus khususnya virus COVID-19.

Proses ini juga akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam memastikan semua warga TUDM yang bertugas di MTU dapat menjalankan tugas dengan selamat dan bebas dari wabak COVID-19. Langkah-langkah pencegahan awal yang lain seperti "temperature screening", mengamalkan penggunaan "hand sanitizer", penutup muka dan penjarakan sosial (sosial distancing) di kalangan warga TUDM khususnya dan ATM amnya terus diterapkan.

Pucuk pimpinan tertinggi TUDM akan terus memastikan usaha-usaha mencegah COVID-19 dipergiatkan di kalangan warganya bagi memastikan semua anggota serta keluarga selamat, bebas dari virus COVID-19, sihat dan bersedia untuk berkhidmat pada sebilang masa.