Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

IMG 20200401 WA0045IMG 20200401 WA0044

SUBANG, 1 April 2020 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, mewakili Panglima Tentera Udara telah menerima sumbangan berbentuk peralatan kesihatan dari Syarikat Rohde & Schwarz yang melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan, Mr Lee Choun Yu iaitu sumbangan 10,000 topeng muka (face mask) untuk kegunaan anggota TUDM yang terlibat dalam Op PENAWAR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua penguatkuasaannya bermula hari ini sehingga 14 April 2020 dalam usaha memerangi habis-habisan penularan wabak COVID-19.

IMG 20200401 WA0042IMG 20200401 WA0046

Sumbangan topeng muka (face mask) tersebut telah diserahkan oleh Panglima Operasi Udara kepada Komander Depoh Material Udara (DMU), Kol Ahmad Nazri bin Nayan TUDM untuk diagihkan kepada unit-unit TUDM yang berkenaan. Penyerahan sumbangan ini telah diadakan di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang serta turut dihadiri oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez Alexander TUDM; Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Dawawi TUDM serta pegawai-pegawai kanan MPOU dan pangkalan.

TUDM menghargai sumbangan dari pelbagai sektor terutama sektor korporat yang membantu dalam usaha kerajaan meningkatkan penguatkuasaan PKP fasa kedua yang akan membabitkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan tegas dalam memastikan arahan PKP dipatuhi sepenuhnya. Sumbangan yang diberikan ini turut membantu dalam menjaga kesihatan anggota-anggota barisan hadapan sebagai langkah pencegahan ketika mereka menjalankan tugas.