Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20200403 WA0025IMG 20200403 WA0023IMG 20200403 WA0024IMG 20200403 WA0019IMG 20200403 WA0020

Atas keprihatinan terhadap isu wabak COVID-19 yang melanda di Negara ini, BAKAT ATM juga tidak terkecuali dalam memberi sokongan kepada para petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi PENAWAR sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

BAKAT ATM hari ini telah menyerahkan sumbangan berupa pek makanan ringan untuk para petugas yang terlibat, dengan harapan ianya sedikit sebanyak dapat memberi sokongan moral dan menceriakan petugas barisan hadapan ini di sepanjang penugasan mereka.

Sejumlah 10,000 kotak makanan telah disediakan dan akan diagihkan kepada para petugas ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Sumbangan ini adalah hasil kerjasama daripada semua BAKAT perkhidmatan yang terdiri daripada BAKAT Darat, Laut, Udara dan Gabungan serta beberapa penyumbang individu yang lain.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah kepada wakil kepada agensi penguatkuasa yang terlibat.

Sama-samalah kita berdoa agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi Allah SWT, bekerjasama dalam mematuhi PKP agar rantaian wabak ini dapat diputuskan dan Negara kembali pulih seperti sediakala.