Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200405 WA0029IMG 20200405 WA0030IMG 20200405 WA0031IMG 20200405 WA0035IMG 20200405 WA0040IMG 20200405 185833 

Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan pertama bagi menghantar bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sarawak iaitu ke Bario, hari ini.

Penugasan yang dipertanggungjawabkan kepada No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan telah berjaya melaksanakan empat penerbangan menggunakan helikopter EC725 AP ke Bario melibatkan dua set kru anak kapal. Kru pertama diketuai oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang TUDM manakala kru kedua diketuai oleh Mej Frezal bin Raynol @ Zainal TUDM.

Penghantaran bekalan makanan asas ke kawasan pedalaman di Sarawak yang dilakukan oleh TUDM dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kawasan-kawasan pedalaman yang dikenalpasti, ianya akan mengambil masa dalam 4 hingga 5 hari, tertakluk kepada keadaan cuaca. Antara lokasi lain yang akan diberi bantuan penghantaran ini adalah di Telang Usan, Baram, Lawas, Sri Aman dan Kapit.

Majlis Simbolik Pelancaran Bantuan Bekalan Makanan Sarawak disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Hangar Bomba, Lapangan Terbang Miri. Beliau telah mengumumkan Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.4 juta, untuk membekalkan makanan asas (essential food items) kepada golongan sasaran yang memerlukan di seluruh Sarawak.

Beliau turut menasihati semua pihak supaya bertenang, bersabar dan sentiasa patuh kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam PKP.

ATM amnya dan TUDM khususnya akan membantu melaksanakan tugas yang diamanahkan ini demi kesejahteraan rakyat terutama di dalam situasi ketika ini dalam menangani cabaran COVID-19.