Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200406 WA0017IMG 20200406 171231IMG 20200406 171219

Helikopter EC 725 AP milik TUDM hari ini berjaya melaksanakan empat lagi penerbangan menghantar bekalan makanan asas kepada golongan sasaran di kawasan pedalaman Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID-19 dari terus menular.

Penerbangan yang melibatkan dua set kru anak kapal dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan yang diterbangkan oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang TUDM dan Mej Frezal bin Raynol @ Zainal TUDM telah membuat penghantaran ke kawasan pedalaman Sarawak iaitu ke Long Lellang, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Kelabit serta ke Patik dan Ba Lai.

IMG 20200406 WA0016IMG 20200406 WA0015IMG 20200406 171316

Terdahulu, kerja-kerja membawa bekalan makanan asas ke dalam helikopter EC 725 AP dilakukan di Lapangan Terbang Miri bermula seawal jam 7.00 pagi dengan kerjasama anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah naungan Markas Pemerintahan Medan Timur.

Semalam, empat penerbangan yang pertama telah dilaksanakan oleh No 5 Skuadron, PU Labuan bagi menghantar bekalan makanan asas ke Bario,Sarawak. TUDM khususnya akan terus komited dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan demi mengutamakan kesejahteraan rakyat terutamanya semasa krisis COVID-19.

IMG 20200406 171348IMG 20200406 171414

Semoga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh warga kerja TUDM ini dan ATM amnya membolehkan orang ramai mendapat manfaat dan terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang perlu dilakukan untuk menghentikan wabak berbahaya COVID-19 dari merebak.