Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200407 WA0024IMG 20200407 WA0030IMG 20200407 WA0028

Kini memasuki hari ketiga, TUDM meneruskan lagi misi penghantaran bantuan keperluan makanan asas untuk masyarakat luar bandar di dua kawasan pedalaman di Sarawak. Proses memuat naik barang-barang ke dalam helikopter EC 725AP telah bermula seawal jam 7.00 pagi di Lapangan Terbang Miri dengan bantuan daripada pasukan Tentera Darat Malaysia, Markas Pemerintahan Medan Timur.

Sebanyak 3 sortie penerbangan berjaya dilaksanakan oleh No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan bagi penghantaran ke dua kawasan pedalaman yang telah dikenalpasti seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran yang memerlukan. Penghantaran barang makanan asas melalui jalan udara ke Long Akah telah diterbangkan oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang TUDM, dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapt Mohd Firdaus bin Anual TUDM dan Kuartermaster Udara, Sjn U Jacy Wharton Astillero.

IMG 20200407 174021IMG 20200407 174038IMG 20200407 174058

Lokasi kedua hari ini bagi penghantaran bekalan makanan asas menggunakan helikopter TUDM ke kawasan pedalaman Sarawak iaitu di Long Loyang pula telah dilaksanakan oleh Mej Frezal bin Raynol @ Zainal TUDM serta dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapt Syahir bin Jaafar TUDM dan Kuartermaster Udara, PW U II Sunerie bin Sugang.

TUDM akan tetap bersedia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini demi melestarikan kesejahteraan rakyat semasa negara dilanda pandemik COVID-19. Usaha ini adalah juga bagi mengelakkan rakyat daripada keluar dari rumah dan tetap mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan menghentikan penularan wabak yang menjadi krisis kesihatan dunia ketika ini.