Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200407 WA0040IMG 20200407 WA0041IMG 20200407 WA0042

Pesawat pengangkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus memberikan bantuan logistik membawa bantuan peralatan kesihatan ke Sabah dan Sarawak. Kerja-kerja memasukkan barang-barang berupa peralatan perlindungan diri (PPE) serta keperluan-keperluan berkaitan dilaksanakan seawal jam 5.00 pagi oleh anggota TUDM di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

IMG 20200407 WA0043IMG 20200407 WA0044IMG 20200407 WA0045

Penerbangan “Logistic Comm’’ ini turut membawa peralatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , Malaysian Relief Agency (MRA) , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MERCY Malaysia untuk kegunaan petugas-petugas barisan hadapan yang kini bertungkus lumus membendung penularan jangkitan COVID-19. Pesawat A400M telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 9.30 pagi menuju ke Kota Kinabalu, Labuan dan Kuching.