Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200408 WA0023IMG 20200408 WA0027IMG 20200408 WA0028IMG 20200408 WA0030IMG 20200408 WA0032IMG 20200408 WA0033IMG 20200408 WA0035IMG 20200408 164635IMG 20200408 164956 

TUDM melalui khidmat anak kapal No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan hari ini meneruskan lagi misi menghantar bekalan makanan asas ke kawasan pedalaman Sarawak khusus untuk masyarakat luar bandar yang memerlukan. Helikopter EC 725 AP hari ini menerbangkan bekalan makanan asas tersebut dari Lapangan Terbang Miri yang mana bekalan makanan dimuat naik ke dalam pesawat untuk dihantar ke beberapa kawasan pedalaman yang telah dikenalpasti yang sukar dibawa melalui jalan darat. Kerja-kerja penghantaran ini turut dibantu oleh pasukan Tentera Darat Malaysia di bawah naungan Markas Pemerintahan Medan Timur (MPMT).

Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari ke-empat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP iaitu diketuai oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang TUDM, dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapt Mohd Firdaus bin Anual TUDM dan Kuartermaster Udara, Sjn U Jacy Wharton Astillero. Manakala set kedua telah diketuai oleh Mej Frezal bin Raynol @ Zainal TUDM serta dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapt Syahir bin Jaafar TUDM dan Kuartermaster Udara, PW U II Sunerie bin Sugang.

Setakat semalam, 11 sortie penerbangan penghantaran bantuan bekalan makanan asas telah berjaya dilaksanakan oleh TUDM melibatkan empat (4) kawasan.

Untuk hari ini, sebanyak enam (6) sortie penerbangan berjaya dilaksanakan bagi penghantaran bekalan makanan asas ke tujuh (7) lagi kawasan pendalaman di negeri Sarawak. Antara kawasan yang terlibat adalah Long Akah, Long Aton, Long Sobeng, Long Anap, Long Apu, Apau Nyaring dan Long Palai.

Mendepani cabaran COVID-19, usaha-usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dan ATM kepada masyarakat luar bandar ini khususnya adalah komitmen dan sokongan kepada kerajaan negeri Sarawak bagi memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan serta mengelakkan mereka keluar dari kawasan kediaman semasa tempoh PKP giat dilaksanakan.

Rakyat juga diseru agar mematuhi sepenuhnya PKP kerana memutuskan rantaian COVID-19 adalah satu-satunya antara kaedah yang berkesan menghentikan penularan virus berbahaya ini.