Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 PicsArt 04 08 09.16.29PicsArt 04 08 07.28.51IMG 20200408 211726PHOTO 2020 04 08 16 50 43PHOTO 2020 04 08 16 50 45

SUBANG, 8 April 2020 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah turut serta dalam tinjauan udara dalam satu operasi rutin pengawasan udara maritim.

Operasi pengawasan maritim udara ini tertumpu di Kawasan Operasi Maritim (KOM) sepanjang pesisir pantai perairan Selat Melaka bermula dari Tanjung Piai, Johor, Kuala Selangor, Pulau Jarak, Pulau Perak hingga ke pulau-pulau tumpuan di Langkawi dengan tujuan untuk melihat secara lebih dekat kawasan-kawasan panas (hot spot) pendaratan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Operasi tersebut telah menggunakan pesawat CN235 dari Detasmen No 1 Skn. Operasi pengawasan maritim udara ini antara lain bertujuan memantau sebarang cubaan pencerobohan masuk PATI untuk meloloskan diri memasuki Malaysia melalui 'hot spot' yang telah dikenalpasti.

Panglima Operasi Udara juga telah diberikan taklimat operasi dan perisikan maritim sebelum mengikuti tinjauan penerbangan tersebut di Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang oleh Komander Pesawat CN235 dan Pegawai Risik Pangkalan. Beliau juga turut diiringi oleh AKS A2 MPOU, Lt Kol Nurul Zaidee bin Kassim TUDM dan Pegawai Staf 2 Maritim MPOU-A5, Mej Mahamad Amer bin Musa TUDM bagi penerbangan operasi maritim tersebut.

Sepanjang operasi ini dilaksanakan, tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan dan menyalahi undang-undang maritim dikesan. Bagi penguatkuasaan kawalan maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut berada di sektor operasi masing-masing bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan maritim Malaysia.

Penugasan operasi maritim tersebut berakhir di Pangkalan Udara Butterworth yang diikuti dengan tinjauan Panglima Operasi Udara di pangkalan tersebut untuk melihat secara lebih dekat pelaksanaan dan keberkesanan Op PENAWAR yang sedang dipergiatkan. Taklimat status plan tindakan pencegahan COVID-19 PU Butterworth juga turut disampaikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee TUDM. Anggota TUDM dari PU Butterworth juga antara kumpulan barisan hadapan yang terlibat membantu PDRM menguatkuasakan PKP semenjak Op PENAWAR diaktifkan.