Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200409 WA0009IMG 20200409 WA0011IMG 20200409 143516IMG 20200409 143548IMG 20200409 143717IMG 20200409 143742IMG 20200409 143804IMG 20200409 143833IMG 20200409 143905

Walaupun terpaksa mengharungi cabaran cuaca yang tidak menentu serta kawasan yang bergunung, namun kecekapan dan kecekalan juruterbang serta anak kapal Helikopter EC 725AP TUDM telah berjaya melaksanakan penghantaran ke 13 kawasan pedalaman Negeri Sarawak yang memerlukan bantuan bekalan makanan asas dalam masa lima (5) hari.

Bagi misi terakhir hari ini, tiga (3) sortie penerbangan dilaksanakan oleh TUDM yang membawa bekalan makanan asas dari Lapangan Terbang Miri untuk dihantar tiga (3) kawasan pedalaman iaitu di Long Akah, Long Sobeng dan Long Aton.

Secara keseluruhannya, sebanyak 19 sortie penerbangan dengan muatan 63, 723 lbs telah dilaksanakan oleh TUDM dalam menjayakan misi penghantaran bekalan makanan asas ke 13 kawasan terlibat iaitu Bario, Long Sait, Long Lellang, Long Sobeng, Long Aton, Long Loyang, Long Akah, Long Anap, Apau Nyaring, Long Palai, Long Apu, Patik dan Bai Lai.

Program penghantaran bekalan makanan ini merupakan program kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan agar masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak terus terbela di samping mematuhi arahan PKP yang telah ditetapkan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada set kru anak kapal Helikopter EC 725 AP dari No 5 Skn, Pangkalan Udara Labuan yang terlibat menjayakan misi berterusan sepanjang 5 hari bermula 5 April lalu. Set kru pertama telah diketuai oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang TUDM, dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapt Mohd Firdaus bin Anual TUDM dan Kuartermaster Udara, Sjn U Jacy Wharton Astillero.

Manakala set kru kedua telah diketuai oleh Mej Frezal bin Raynol @ Zainal TUDM serta dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapt Syahir bin Jaafar TUDM dan Kuartermaster Udara, PW U II Sunerie bin Sugang.

Khidmat TUDM diperlukan di dalam mendepani cabaran krisis kesihatan dunia akibat COVID-19 khususnya penghantaran melalui jalan udara akibat kesukaran untuk melalui jalan darat agar bantuan dapat disalurkan dengan segera. Semoga usaha ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat dengan terus mematuhi PKP dan tidak keluar dari rumah agar wabak ini dapat diatasi dengan segera.