Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1586416688450FB IMG 1586416690605FB IMG 1586416692862FB IMG 1586416695109FB IMG 1586416697388

KUCHING, 4 April 2020 - TUDM hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit yang menghidap "Rectal Carcinoma with Lung and Spine Metatasis" menggunakan pesawat pengangkut CN 235 dari No 1 Skuadron, Pangkalan Udara Kuching.

Pesakit, Solomon Tinggang berusia 42 tahun telah diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuching ke Miri kira-kira jam 9.20 pagi tadi. Beliau yang keadaan separuh lumpuh memerlukan bantuan peralatan di Hospital Miri bagi merawat penyakit yang dihadapi.

Penerbangan ihsan ini telah dikendalikan oleh Kapt Adi Akmal TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh pembantu juruterbang Kapt Nazirul Shafiq TUDM bersama 4 anak kapal lain.

Semoga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh TUDM ini bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan dengan segera akan dapat membantu pesakit dan beliau diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik. Tahniah kepada warga kerja TUDM termasuk juruterbang dan anak kapal pesawat CN 235 serta kakitangan perubatan yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab membantu mereka yang benar-benar memerlukan.