Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200410 WA0061IMG 20200410 WA0042IMG 20200410 WA0044

SUBANG, 10 April 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada negara apabila dua (2) buah pesawat pengangkut A400M milik TUDM telah ditugaskan melaksanakan penerbangan dari Pangkalan Udara Subang (PU Subang) ke Sabah dan Sarawak hari ini. Penerbangan telah membawa lebih 2.9 juta keping topeng muka (face mask), 44 unit kotak perlindungan (aerosol box), spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta keperluan peralatan Personal Protective Equipment (PPE) untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan mendepani pandemik COVID-19.

IMG 20200410 WA0040IMG 20200410 WA0046IMG 20200410 WA0055

Pesawat A400M yang pertama diterbangkan oleh Kapt Mohd Hafiz bin Mat Yusof TUDM; pembantu juruterbang, Kapt Muhd Izwan bin Noor Azman TUDM dan 3 anak kapal membawa lebih 2.9 juta keping topeng muka (face mask) daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah berlepas dari PU Subang kira-kira jam 8.15 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 11.00 pagi. Topeng muka ini telah diterima oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Sabah selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah. Daripada jumlah topeng muka ini, sebanyak 2,860,000 keping akan disalurkan kepada negeri Sabah dan 107,500 keping akan disalurkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan. TUDM juga akan melaksanakan satu lagi penerbangan dalam masa terdekat bagi membawa 2,718,500 keping face mask daripada NADMA untuk negeri Sarawak.

IMG 20200410 192630 197 1IMG 20200410 192637 385IMG 20200410 192713 133

Pesawat A400M kedua telah berlepas pada jam 10.51 pagi diterbangkan oleh Kapt Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM, dibantu pembantu juruterbang, Kapt Mohd Amir bin Shahrin TUDM dan 5 anak kapal. Pesawat ini membawa 44 unit kotak perlindungan (aerosol box) sumbangan Persatuan Bekas Putera (Old Putera Association (OPA)) untuk Jabatan Kesihatan negeri Sabah dan spesimen klinikal tambahan untuk fasiliti KKM. Pesawat ini melaksanakan penerbangan ke Kota Kinabalu dan Kuching bagi penghantaran barang-barang tersebut. Spesimen klinikal tambahan KKM terdiri daripada bekalan peralatan makmal, farmasi, PPE dan peralatan perubatan kritikal untuk disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak. Peralatan perubatan tersebut adalah dari KKM, Malaysia Relief Agency (MRA) dan NADMA.

DSC 0039DSC 0091DSC 0105

Tahniah kepada semua anak kapal pesawat A400M dari No. 22 Skuadron, PU Subang yang melaksanakan misi ini terutama ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan dunia. Penglibatan pesawat TUDM ketika ini diperlukan dalam menyalurkan bantuan daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dengan kerjasama pelbagai pihak. Negara ketika ini meningkatkan usaha bagi memerangi COVID-19 terutama menyediakan keperluan kepada petugas barisan hadapan yang berusaha merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19 tanpa jemu. TUDM akan memberikan bantuan dan sokongan penuh kepada kerajaan serta agensi-agensi lain dalam usaha menangani penularan wabak bahaya ini demi kesejahteraan rakyat.