Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200414 WA0007IMG 20200414 WA0010IMG 20200414 WA0011IMG 20200414 WA0012IMG 20200414 WA0015IMG 20200414 WA0018IMG 20200414 WA0018IMG 20200414 WA0019IMG 20200414 WA0008

SUBANG, 14 April 2020 – Pesawat pengangkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) awal pagi ini melaksanakan satu lagi penerbangan menghantar keperluan barang perubatan dan kesihatan ke negeri Sarawak dan Sabah dalam memastikan fasiliti kesihatan di kedua-dua negeri tersebut sentiasa mencukupi dalam usaha memerangi wabak COVID-19 di Malaysia.

Proses memuat naik barang-barang ke dalam pesawat A400M bermula seawal jam 5.00 pagi bertempat di Pangkalan Udara Subang (PU Subang). Proses ini mengambil masa hampir satu jam dan ianya telah dilaksanakan oleh anggota-anggota TUDM yang bertugas di Cabang Pergerakan Udara, PU Subang.

Barang-barang yang dihantar ini terdiri daripada spesimen klinikal tambahan dan keperluan peralatan Personal Protective Equipment (PPE) kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kegunaan petugas perubatan. Selain itu, TUDM turut membawa bekalan topeng muka (face mask) sebanyak 19,000 ribu keping yang disalurkan oleh Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi kegunaan kumpulan barisan hadapan mendepani pandemik COVID-19 di negeri Sarawak dan Sabah.

Pesawat A400M dari No 22 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah berlepas pada jam 7.00 pagi tadi. Pesawat ini selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 8.45 pagi bagi menurunkan barang-barang keperluan bagi negeri Sarawak. Selesai sahaja di Pangkalan Udara Kuching, pesawat kemudiannya meneruskan penerbangan dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 1.25 petang bagi penghantaran barang-barang untuk negeri Sabah.

Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Mejar Mohd Shafique bin Mohd Amin TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh Kapten Syahmi bin Nazri TUDM selaku juruterbang bersama 3 anak kapal lain. Turut sama dalam misi penghantaran udara ini adalah Pegawai Memerintah No 22 Skn, Leftenan Kolonel Yusrizal bin Zain TUDM.

Misi penghantaran udara yang dilaksanakan oleh TUDM berjalan dengan lancar dan ini membuktikan TUDM sentiasa dalam keadaan siap siaga sebilang masa dari segi aset-aset serta anak kapal. TUDM akan terus memberikan komitmen kepada Kerajaan dan juga agensi-agensi terlibat dalam usaha memerangi COVID-19 yang mengancam negara dan dunia.

Misi Khidmat Sosial untuk negara yang dilaksanakan oleh warga TUDM dengan kerjasama pelbagai pihak melalui pesawat TUDM ini diharap memanfaatkan rakyat khususnya petugas barisan hadapan. Tahniah dan syabas kepada semua anak kapal pesawat A400M dan anggota-anggota TUDM yang telah terlibat dalam membantu menjayakan setiap misi penghantaran udara.