Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200415 WA0023IMG 20200415 WA0022IMG 20200415 WA0021IMG 20200415 WA0020

KUALA LUMPUR, 15 April 2020 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada empat orang pegawai kanan TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Di majlis ini menyaksikan Kol Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Brigedier Jeneral TUDM berkuatkuasa mulai 26 Mac 2020 dan memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1).

Manakala tiga pegawai kanan TUDM berpangkat Lt Kol TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM berkuatkuasa 26 Mac 2020. Mereka adalah Lt Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM yang memegang jawatan sebagai Pengarah Perkhidmatan Markas Tentera Udara , Lt Kol Yusri bin Mohamad Khassim TUDM yang memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas ATB 2 dan Lt Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM yang memegang jawatan sebagai Pegawai Eksekutif,Pangkalan Udara Subang.

Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada semua pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat dan terus menabur khidmat cemerlang mereka demi agama, bangsa dan negara.