Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200415 222843DSC 6712 copy 1971x1312DSC 6693 copy 1971x1312DSC 6689 copy 1971x1312DSC 6679 copy 1971x1312

SUBANG, 15 April 2020 – Pesawat pengangkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan satu lagi penerbangan hari ini dan kali ini membawa bantuan bekalan makanan asas ke Sabah. Proses memuat naik barang-barang ke dalam pesawat A400M bermula kira-kira jam 4.00 petang oleh anggota-anggota TUDM yang bertugas di Cabang Pergerakan Udara, PU Subang dan berlepas pada jam 5.50 petang.

Penerbangan ‘’Logistic Comm” pesawat A400M yang diterbangkan oleh Mej In'amul Hasan bin Shuhaimy Basha TUDM, dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapt Noor Mohamad Farhan bin Mohamad Noor TUDM dan tiga (3) anak kapal ini membawa bekalan makanan asas berupa beras, minyak masak, biskut, gula dan sardin yang disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan rakan strategik dari Kuala Lumpur. Bekalan makanan asas ini akan diurus selia oleh MKN dan JKM yang akan diagihkan kepada penduduk di Labuan dari golongan sasaran yang memerlukan yang telah dikenal pasti oleh MKN dan JKM.

IMG 20200416 WA0008IMG 20200416 WA0009IMG 20200416 WA0010IMG 20200416 WA0011IMG 20200416 WA0013

Pesawat pengangkut A400M dari No. 22 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang selamat tiba di Pangkalan Udara Labuan pada jam 9.35 malam dari Kota Kinabalu bagi menunaikan tanggungjawab sosial penghantaran bekalan makanan asas ini yang diterima oleh pihak JAWI WP Labuan.

TUDM menghargai pengorbanan semua warga kerja TUDM yang telah terlibat dalam membantu menjayakan setiap misi penghantaran udara. Negara ketika ini berhadapan dengan krisis kesihatan global berikutan pandemik COVID-19 yang memerlukan penglibatan semua peringkat secara menyeluruh untuk menghentikan wabak ini sepenuhnya.