Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 PicsArt 04 16 08.26.10PicsArt 04 16 08.21.16PicsArt 04 16 08.23.28PicsArt 04 16 08.24.27

Tindakan pantas pesawat C-130H milik TUDM dari No 20 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah mematahkan cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari memasuki perairan negara.

Pesawat yang diterbangkan oleh Mej Faizul Hussein TUDM itu sedang melaksanakan tinjauan maritim udara di perairan Langkawi dan berjaya mengesan kehadiran sebuah bot PATI Rohingya dari memasuki perairan negara pada jam 10.26 pagi, hari ini.

Bot tersebut yang sarat dengan kira-kira 200 orang PATI Rohingya yang terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak dikesan di kedudukan 70 batu nautika (129.6 km) dari barat Pulau Langkawi.

TUDM seterusnya menghubungi kapal TLDM iaitu KD LEKIU dan KD LEKIR yang terus digerakkan ke lokasi pengesanan. KD LEKIU dan KD LEKIR kemudiannya telah berjaya memintas bot berkenaan dengan bantuan helikopter Super Lynx TLDM dan mengekang pergerakan masuk bot tersebut.

Dengan keadaan penempatan serta kehidupan yang daif di tempat asal mereka, adalah sangat dibimbangi kumpulan PATI yang cuba memasuki Malaysia sama ada melalui jalan darat atau jalan laut akan membawa kluster baharu COVID-19 ke negara ini.

Namun, atas dasar kemanusiaan, anak kapal KD LEKIU telah mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan PATI tersebut sebelum mengiringi bot tersebut keluar dari memasuki perairan negara.

Tahniah dan syabas kepada juruterbang dan anak kapal C130H yang berjaya melaksanakan tugas tinjauan maritim udara dan bertindak pantas mengekang pencerobohan oleh kumpulan PATI.

Ini adalah satu usaha yang bersepadu di antara TUDM, TLDM dan APMM khususnya dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan maritim negara. Operasi pengawasan maritim udara ini akan terus dipergiatkan tambahan di dalam krisis dunia yang dilanda pandemik COVID-19 yang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan kumpulan PATI.