Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

213

Pesawat pengangkut A400M TUDM dari No. 22 Skn, Pangkalan Udara Subang (PU Subang) terus melaksanakan tangungjawab sosial menghantar barang keperluan perubatan dan kesihatan melalui penghantaran udara ke Sabah dan Sarawak hari ini.

Ternyata kehadiran Ramadan bukanlah penghalang penugasan malah ia menjadi pemangkin untuk warga TUDM terus menabur khidmat bakti kepada negara di bulan yang mulia ini. Sebaik selepas bersahur, anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dan anak kapal telah bersiap sedia melaksanakan misi penghantaran udara dengan memuatkan barang-barang keperluan perubatan dan kesihatan ke dalam pesawat A400M.

458

Penerbangan “logistic comm” yang berlepas dari PU Subang ke Labuan, Kuching dan Kota Kinabalu ini membawa barangan keperluan Personal Protective Equipment (PPE) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bekalan topeng muka (face mask), sarung tangan (glove), cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan keperluan kesihatan yang disalurkan oleh Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA) bagi kegunaan kumpulan barisan hadapan mendepani pandemik COVID-19 di Sabah dan Sarawak.

Ketika negara dan dunia sedang bergelut menangani krisis kesihatan global akibat COVID-19 yang menjejaskan 184 buah negara termasuk Malaysia, pelbagai usaha memerangi jangkitan virus berbahaya dilaksanakan di setiap kementerian, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat korporat mahupun persendirian. TUDM khususnya dan ATM amnya turut memberikan komitmen ini sebagai tanggungjawab sosial bagi mencapai hasrat menghapuskan wabak ini demi kesejahteraan negara. Orang ramai juga diminta bersama-sama mematuhi PKP dan PKPD bagi membolehkan kumpulan barisan hadapan terutama petugas perubatan memfokuskan kepada merawati pesakit sedia ada tanpa munculnya jangkitan baharu.

679

Terima kasih kepada semua anak kapal pesawat A400M dan anggota-anggota TUDM yang telah terlibat dalam membantu menjayakan misi penghantaran udara kali ini. Semoga segala usaha dan bakti kepada negara di bulan Ramadan ini dapat memanfaatkan pihak yang terlibat dan beroleh ganjaran setimpal dari Allah SWT.