Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234567

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2020 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada tujuh orang pegawai kanan TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara (MTU) hari ini.

Pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat adalah seperti berikut:

1. Mej Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM telah dinaikkan ke pangkat Lt Jen TUDM dan memegang jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, MPPLU.

2. Brig Jen Dato' Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM dan memegang jawatan sebagai Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas ATM.

3. Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM dan memegang jawatan sebagai Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, MTU.

4. Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM dinaikkan ke pangkat pemangku Brig Jen TUDM.Beliau akan memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Butterworth.

5. Kol Norli Hisham bin Alwi TUDM dinaikkan ke pangkat pemangku Brig Jen TUDM. Beliau akan memegang jawatan sebagai Komander Air Warfare Centre.

6. Lt Kol Azman bin Taib TUDM dinaikkan ke pangkat pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Kesiagaan Operasi, MPOU - JKO.

7. Lt Kol Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM dinaikkan ke pangkat pemangku Kolonel TUDM. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Belanjawan, MTU.

8910WhatsApp Image 2020 05 04 at 17.57.02

Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada semua pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat dan terus menabur khidmat cemerlang mereka demi agama, bangsa dan negara.