Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

231

SENDAYAN, 5 Mei 2020 – Tanggal 5 Mei 2020 menyimpan seribu kenangan buat Lt Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM apabila beliau akhirnya menamatkan kerjaya dari perkhidmatan TUDM dengan jawatan terakhirnya sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke-14 di Pangkalan Udara Sendayan, hari ini.

Sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, (PPLU) yang menaungi Pusat-pusat latihan TUDM, pelbagai cabaran dan aktiviti telah dilaksanakan dan diharungi bersama warga di bawah Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).

Dalam ucapan terakhir beliau sebagai PPLU pagi ini di Majlis Perpisahan PPLU ke -14 di Wisma Pegawai, Pangkalan Udara Sendayan, yang disaksikan oleh Komandan dan Pegawai Memerintah, beliau menyeru kepada warga MPPLU khususnya agar meneruskan kecemerlangan dan kesungguhan yang telah dilaksanakan selama ini. Integriti, Keberanian, Keunggulan, Setiakawan dan Service Before Self adalah lima (5) Nilai Teras TUDM yang harus dipegang untuk dijadikan landasan utama dalam urus tadbir seharian. Beliau turut menyeru warga MPPLU, untuk meningkatkan potensi menyumbang ke arah kecemerlangan TUDM dengan kebolehan dan kecekapan sebagai Subject Matter Expert (SME) dan jurulatih.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada beliau dan juga isteri beliau sebagai ahli Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara selama di dalam perkhidmatan.

Seluruh warga TUDM mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada Lt Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM. Terima kasih di atas segala jasa bakti sepanjang berkhidmat di dalam perkhidmatan TUDM khususnya.