Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

111214415

SENDAYAN, 5 Mei 2020 – Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM secara rasminya dilantik sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang baharu setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Lt Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM yang akan memulakan cuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatannya di dalam TUDM.

Upacara Serah Terima Tugas walaupun ringkas tetapi penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Panglima-panglima markas pemerintahan serta kehadiran minimum warga TUDM di bawah naungan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).

Mengambil serius langkah pencegahan COVID-19, majlis yang diadakan di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan pagi tadi diadakan mengikut prosedur langkah pencegahan yang telah ditetapkan iaitu dengan membuat saringan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan suhu badan setiap individu, amalan kebersihan diri dengan penggunaan "hand sanitizer" serta mengekalkan penjarakan sosial yang selamat.

Seluruh warga TUDM mengucapkan Selamat Bersara kepada Lt Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM dan penghargaan di atas jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat di dalam perkhidmatan TUDM khususnya dan ATM amnya. Sekalung tahniah buat Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang baharu.