Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200505 WA0051IMG 20200505 WA0052IMG 20200505 WA0053IMG 20200505 WA0054IMG 20200505 WA0055IMG 20200505 WA0058

SENDAYAN, 5 Mei 2020 – Upacara Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU) telah selamat disempurnakan di antara Lt Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan secara rasminya Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang baharu.

Sebagai meraikan pelantikan beliau sebagai PPLU baharu merangkap PPLU ke-15, majlis ringkas sesi pengenalan Komandan dan Pegawai Memerintah di bawah naungan MPPLU telah diadakan pada sebelah petang di Auditorium Rajawali, MPPLU, Pangkalan Udara Sendayan. Beliau juga telah diberikan taklimat organisasi, pengurusan dan pentadbiran di bawah MPPLU oleh PS 1 Latih, MPPLU, Lt Kol Khairul Nawar bin Bokhari TUDM.

PPLU di dalam ucapan ulungnya mengucapkan terima kasih kepada semua di atas persiapan Serah Terima Tugas meskipun mendepani cabaran COVID-19 ketika ini. MPPLU yang beroperasi di Pangkalan Udara Sendayan merupakan satu naik taraf dari segi kemudahan dan kelengkapan. Beliau menekankan kepada fokus dan hala tuju MPPLU berdasarkan lima (5) tonggak utama iaitu "Core Business" MPPLU iaitu pelaksanaan kursus secara holistik, pengurusan perbelanjaan yang efektif (cost effective), peningkatan modal insan, budaya kerja & "ground rules" serta mengamalkan budaya hidup yang seimbang. Beliau juga mengharapkan komitmen dan kerjasama semua warga MPPLU di dalam meneruskan kegemilangan pendidikan dan latihan TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan Sekalung Tahniah kepada Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang baharu. Kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TUDM dan kredibiliti beliau mampu membawa kecemerlangan kepada organisasi TUDM amnya dan pusat-pusat latihan di bawah naungan khususnya.