Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PicsArt 05 06 04.31.38PicsArt 05 06 04.32.39PicsArt 05 06 05.04.18PicsArt 05 06 05.12.32PicsArt 05 06 05.13.12PicsArt 05 06 05.13.46PicsArt 05 06 05.14.22PicsArt 05 06 05.15.48PicsArt 05 06 05.16.19PicsArt 05 06 05.17.31PicsArt 05 06 05.18.58PicsArt 05 06 05.19.25

SUBANG, 6 Mei 2020 - Sebagai sebuah pesawat pengangkut pelbagai guna dan termoden keluaran Airbus, pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah berjaya melaksanakan penerbangan membawa Helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke Kota Kinabalu, Sabah.

Penerbangan membawa aset udara TLDM ini adalah yang pertama kali dilaksanakan oleh TUDM. Namun begitu, ianya tidak menjadi kesukaran buat juruterbang dan kuartermaster udara pesawat A400M yang telah pun mempunyai pengalaman dalam mengendalikan penghantaran melibatkan muatan strategik milik TUDM dan juga misi-misi bantuan kemanusiaan yang mana kejayaan paling besar adalah membawa jentera berat untuk membantu Republik Indonesia semasa misi “Humanitarian Assistance and Disaster Relief’’ (HADR) kejadian gempa bumi di Palu, Sulawesi Tengah Indonesia pada tahun 2018.

Proses memuat naik Helikopter Super Lynx telah bermula seawal jam 5.30 pagi tadi di Pangkalan Udara Subang. Dengan perancangan dan persediaan yang rapi oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, juruterbang serta anak kapal telah membolehkan proses-proses memasukkan helikopter TLDM ke dalam badan pesawat dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Pesawat A400M dari No. 22 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah berlepas pada jam 8.30 pagi dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 11.10 pagi. Penerbangan yang mengambil masa 2 jam 40 minit telah dikendalikan oleh Mej Lo Chee Sing TUDM dan dibantu oleh Kapt Erid bin Abdul Rahim TUDM selaku pembantu juruterbang bersama enam (6) anak kapal yang lain.

Penerbangan kali ini membuktikan keupayaan pesawat A400M milik TUDM sebagai aset yang sangat diperlukan ketika ini terutama ketika negara dilanda krisis. Atur gerak pesawat udara TLDM kali ini juga adalah bukti usaha bersepadu di antara TUDM dan TLDM khususnya di dalam menjaga kedaulatan tanah air tercinta.