Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200515 WA0048IMG 20200515 WA0051IMG 20200515 WA0052IMG 20200515 WA0054IMG 20200515 WA0059IMG 20200515 WA0060IMG 20200515 WA0064IMG 20200515 WA0065IMG 20200515 WA0067IMG 20200515 WA0070IMG 20200515 WA0071IMG 20200515 WA0073IMG 20200515 WA0075IMG 20200515 WA0079

KUCHING, 15 Mei 2020 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah melaksanakan lawatan operasi ke Pangkalan Udara Kuching (PU Kuching) dan Skuadron 330 (CRC 2) Kota Samarahan. Lawatan sehari ini diadakan dengan tujuan untuk meninjau dengan lebih dekat tahap kesiagaan operasi unit-unit di bawah naungan PU Kuching.

Program sehari oleh Panglima Operasi Udara ini terdahulu dimulakan dengan penyampaian sumbangan dan bantuan kepada anggota dan pesakit kronik TUDM sebelum meninjau ke No 7 dan 1 Skn sebagai antara lokasi pertama lawatan.

Beliau turut meluangkan masa mengagihkan bubur lambuk kepada warga Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Batu 10. Aktiviti tradisi ini masih diteruskan dengan menitikberatkan SOP keselamatan dan kesihatan bagi mengelakkan penularan COVID-19 di kalangan warga RKAT PU Kuching.

Turut sama mengiringi dalam lawatan operasi tersebut ialah PS1 A1 MPOU, Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM. Ketibaan Panglima Operasi Udara dan delegasi lawatan telah disambut oleh Komander PU Kuching, Kol Mohd Azwan bin Mohd Polari TUDM dan Lt Kol Roslee bin Shukor TUDM selaku Pegawai Memerintah Skuadron 330, Kota Samarahan.

Panglima Operasi juga telah meluangkan masa bersama-sama dengan warga pangkalan dan menyampaikan pesanan dan nasihat betapa pentingnya para anggota menjaga kebersihan diri dan keluarga bagi memastikan warga terhindar dari jangkitan COVID-19. Beliau juga turut mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri serta selamat menjalankan tugas di musim perayaan kepada anggota yang bertugas kelak.