Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200515 WA0037IMG 20200515 WA0039IMG 20200515 WA0042

SUBANG, 15 Mei 2020 - Pesawat C130H dari No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang hari ini telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 35 hari dari Kuala Terengganu ke Subang.

Bayi tersebut yang menghidap penyakit 'Congenital Cyanotic Heart Disease' ini amat berisiko untuk dibawa menggunakan kenderaan darat. Justeru, keperluan pengangkutan melalui udara amat diperlukan oleh bayi tersebut bagi mendapatkan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).

TUDM yang sentiasa bersedia sebilang masa terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus dipelihara.

Penerbangan yang telah melibatkan seramai 9 anak kapal terdiri daripada Juruterbang, Pembantu Juruterbang, Jurumalim, Jurutera Penerbangan dan Kuartermaster Udara telah berjaya melaksanakan penerbangan ihsan ini dengan jayanya apabila kesemua mereka selamat mendarat membawa bayi tersebut pada jam 1.10 petang di Pangkalan Udara Subang.

Seluruh warga TUDM mendoakan agar bayi tersebut diberikan kesembuhan dan kembali sihat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua anak kapal yang terlibat.