Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 0fa18e48 e457 4949 9d35 e8256253dd5f81e80a59 6ac9 4ac5 99f1 4a3a7d9d8df56610f60e 79f2 46d6 9f99 6ee6fe08b0adb6194e4b 48ee 4d69 a8b2 3ddc0d074221

SUBANG, 20 Mei 2020 - Pesawat A400M dari No 22 Skn, Pangkalan Udara Subang awal pagi tadi telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia dua (2) bulan dari Kuching ke Subang.

Bayi tersebut yang menghidap penyakit 'Tausig Bing Anomaly' semenjak lahir telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Umum Sarawak. Namun, beliau terpaksa dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pembedahan untuk mengubati penyakit yang dihadapi.

Disebabkan masih dalam tempoh kawalan pergerakan, pihak hospital dan keluarga amat sukar untuk mendapatkan penerbangan awam bagi membawa bayi tersebut dalam masa terdekat. Justeru, khidmat TUDM amatlah diperlukan bagi memastikan bayi tersebut dapat dibawa ke Kuala Lumpur dengan selamat.

TUDM yang sentiasa bersedia sebilang masa terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat agar kebajikan dan kesejahteraan mereka turut dipelihara selain mempertahanan kedaulatan negara.

Penerbangan yang melibatkan seramai 9 anak kapal terdiri daripada Juruterbang, Pembantu Juruterbang, Jurumalim, Jurutera Penerbangan dan Kuartermaster Udara berlepas dari Pangkalan Udara Kuching pada jam 1.49 pagi dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 3.34 pagi. Bayi tersebut turut diiringi oleh ibu beliau bersama seorang doktor dan jururawat.

Marilah sama-sama kita doakan semoga bayi tersebut selamat menjalani pembedahan dan kembali pulih agar beliau dapat membesar seperti kanak-kanak lain dalam menjalani kehidupan seharian.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada PU Kuching, Pu Subang dan kesemua anak kapal A400M yang terlibat iaitu:

Mej Arhamar bin Jaffar TUDM
Kapt Muhd Izwan bin Noor Azman TUDM
Kapt Azura bte Mohamad TUDM
Lt M Noor Amira Azwa binti Zurazak TUDM
PW U I Aminudin bin Nyan@ Musa
PW U I Mohd Halmi bin Mansor
Sjn U Kamarul Ariffin bin Zulkifli
FSjn Mohd Fairuz bin Mokhtar
Kpl U Muhd Afiq Afif bin Mohd Jamil