Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

eceabc9d a96a 4138 bbdc 3c6bd26187b140e0a13f 6ea1 4a5c 8049 402463b6d12bd97d0479 ba1d 4c48 9576 7a49fa74d791

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2020 – Upacara Pemakaian Pangkat Kolonel (Kehormat) dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM kepada Prof Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA dan Dr Nafizah binti Goriman Khan, Pensyarah University of Nottingham, Malaysia dan juga merupakan Pakar Perunding di agensi-agensi yang berkaitan dalam sektor Space Systems and Telecommunications, Electromagnetic Compability, Interference and Grounding.

Kol (K) Prof Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan PSSTUDM akan memegang jawatan sebagai Komandan PALAPES, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (Phd) in Faculty of Arts dari University of Edinburgh. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat dalam Wataniah sebagai Pegawai Sukarela dengan pangkat terakhir beliau adalah Lt Kol. Sepanjang perkhidmatan beliau pernah menghadiri kursus ketenteraan seperti Asas Payung Terjun, Kursus Pegawai Staf Rendah, Kursus Ketua Kompeni dan Kursus Pegawai Kanan. Pengalaman dan personaliti beliau ini akan menjadi aset kepada pembangunan PALAPES Udara UniSZA khususnya.

Kol (K) Dr. Nafizah binti Goriman Khan PSSTUDM akan memegang jawatan sebagai Pengarah Unit Pakar PSSTUDM. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (Phd) in Microwave Engineering dan MSc (Eng) in Radio Communications and High Frequency Engineering dari University of Leeds. Beliau berpengalaman lebih 27 tahun dalam bidang gelombang mikro dan satelit. Kepakaran beliau dalam bidang ini telah menarik minat TUDM untuk menganugerahkan tauliah kehormat bagi menghargai kepakaran beliau dalam bidang kepakaran yang baharu yang telah dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan iaitu bidang khusus seperti kejuruteraan satelit, keselamatan siber, integrasi sistem, pengkomputeran awan dan data raya untuk menghadapi ancaman masa kini dan masa hadapan.

4526335e b3f0 477a 9d40 30aef00611d5b7a40328 76b0 4315 81b1 4a9de19f2e58

Pengurniaan Tauliah kehormat ini telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas syor Majlis Angkatan Tentera kali ke-582 yang bersidang pada 22 Apr lalu.