Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

a81be29a d04a 473c b533 14b7cd50050947dab38b b25b 478e b86c dd0385602f7f

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi di pejabatnya hari ini.

Selain itu, Panglima Tentera Udara turut menerima kunjungan hormat daripada Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Haji Mohd Nazir bin Haji Mami.

Kunjungan hormat pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia dan pegawai kanan kali ini adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan antara TDM dan TUDM berikutan Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan Lt Jen Dato’ Haji Mohd Nazir bin Haji Mami akan menamatkan perkhidmatan di dalam ATM tidak lama lagi.

Seluruh warga TUDM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan bakti.