Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6ec22a62 5bf7 4ee7 89c6 b2efc5170fdf437a5708 07d6 40d3 98ef 10747af72aec75b795fb 160a 423f 9bbd 97568a6b020a5352aa29 0539 4096 a644 5e1c41b4dcfd

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2020 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM secara rasminya dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) yang baharu setelah mengambil alih tugas tersebut daripada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi yang akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Wisma Pertahanan telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM yang lain.

Panglima Angkatan Tentera mewakili perkhidmatan turut menzahirkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat sepanjang menerajui tugas sebagai YDP KSSKA.

Terdahulu, pada majlis yang sama telah berlangsung Upacara Serah Terima Tugas Yang Dipertua Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (MSAT) di antara Panglima Angkatan Tentera dengan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany.

Kedua-dua upacara ini dilaksanakan dengan menitikberatkan SOP dan mematuhi langkah-langkah perlu bagi mencegah penularan COVID-19 dengan mempraktikkan amalan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer, tidak berjabat salam serta meminimumkan bilangan kehadiran.