Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PicsArt 06 06 10.11.20PicsArt 06 06 10.13.10PicsArt 06 06 10.15.03PicsArt 06 06 10.15.56PicsArt 06 06 10.17.50PicsArt 06 06 10.09.50PicsArt 06 06 10.16.31PicsArt 06 06 10.17.16

SUBANG, 6 Jun 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi menggalas tanggungjawab sosial demi kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan penerbangan ihsan membawa dua bayi yang mengalami masalah jantung bagi memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).

Pesakit, Nick Ahmad Shah, bayi kepada Puan Niana Ezani yang berusia 11 hari mengalami masalah jantung “Partially Obstructed Total Anomalous Pulmonary Vein Drainage” dan seorang lagi bayi, Muhamad Akid Aqil, anak kepada Puan Nur Azzalea Dora Ann Uchat berusia 2 bulan menghadapi masalah jantung “Congenital Heart Disease of Transposition of Great Arteries”.

Kedua-dua bayi tersebut yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) telah diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Pesawat diterbangkan oleh Kapt Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM dan pembantu juruterbang, Kapt Muhd Izwan bin Noor Azman TUDM serta dibantu oleh enam anak kapal. Pesawat yang berlepas dari Pangkalan Udara Kuching tiba kira-kira jam 6.50 pagi tadi di Pangkalan Udara Subang dan dibawa ke IJN, Kuala Lumpur dengan diiringi pegawai dan petugas perubatan dari HUS.

Seluruh warga TUDM mendoakan agar kedua-dua bayi berkenaan dapat menjalani rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan dan kembali sihat. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan penerbangan ihsan ini.